daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

3/13/2012

Saat Terakhir

Lirik Lagu ST12 Saat Terakhir Lyrics

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta
** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku
repeat **
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

3/03/2012

ANDAINYA LELAKI TAHU...

ANDAINYA LELAKI TAHU...

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin mampu membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wahai insan yang bergelar lelaki, nilailah seorang wanita itu menggunakan mata hatimu, bukan dengan akal fikiranmu. Jangan pula anda hanya melihat kecantikan pada luarannya sahaja, bahkan lihatlah pada dalamannya juga. Jangan tergoda hanya dengan rupa paras yang cantik tapi kecantikan yang sebenar terletak pada tingkah lakunya, budi pekertinya dan santun bicaranya. Cinta bukan hanya terbit dari kasih sayang semata-mata, bukan sekadar membalas kata-kata cinta tapi pengorbanan. Mengorbankan seluruh jiwanya buat insan yang dicintainya. Sedarkah anda wahai lelaki, wanita yang benar2 menyayangi anda sanggup melakukan apa sahaja biarpun diri sendiri terpaksa menjadi korban. Biarpun anda hanya mencari di saat susah, wanita tetap sabar menanti kerana sekali wanita itu jatuh cinta selamanya dia akan mencintai anda. Tapi jarang sekali anda menyedari sehinggalah anda memerlukan seseorang untuk melepaskan lelah, meluahkan keluh kesah, dan saat itu anda akan menyedari kehadiran seorang wanita. Andai anda bertuah, anda akan dipertemukan dan jika tidak selamanya anda akan menyesal kerana membiarkan seorang wanita yang amat menyayangi anda, sanggup berkorban untuk anda pergi tanpa anda sempat berkata apa2. Seorang wanita tidak akan pergi dengan mudah biarpun dikecewa, dilupa, diluka tapi bila hati sudah tidak dapat diubati lagi, akhirnya wanita itu tetap pergi jua bersama2 harapan semoga anda akan sentiasa bahagia. Andai lelaki mendengar, mengetahui setiap keluhan hati seorang wanita, anda tidak akan pernah mengecewakannya. Hati seorang wanita terlalu halus sehingga sukar tuk anda selami, fahami.. :)

~ suArA HaTi kU ~

~ suArA HaTi kU ~
...♥ Assalamualaikum...." Pesan pada DIRI...jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi... pada insan yang tak mengerti... Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI... Kerana, sekali kau dilukai, sampai....kapan pun tetap kau Ingati… Pesan lagi pada DIRI, hati-hatilah dalam memberi HATI… sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI..."....♥