daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

11/30/2011

(( ::: Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita..::: ))

" Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu..."



Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, 
debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, 

dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.
 

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
 

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir...



11/29/2011

:: kiSAH HidUp ::

YANG BERNAMA KEHIDUPAN


Telah pun ku ketahui sejak kecil,
Adanya Pencipta alam maya,
Hidup ini dilingkari dengan pelbagai corak dan warna,
Ada ketikanya sedih, di masa lain pula gembira,
Kadangkala diserang ketakutan,
Kadangkala datangnya keberanian,

Setiap saat kita bernafas,
Menghirup bayu kurniaan Ilahi,
Maka adakah lagi alas an untuk tidak bersyukur dengan kurniaanNya?

Betapa dalam hidup ini ,
Adakah pernah terfikir oleh kita,
Bahawa semua ini merupakan perhatian yang diberikan oleh Allah,
Yang mana kasih sayangNya melebihi kasih sayang makhluk lain di dunia ini,
Justeru itu, cuba renungkan adakah wajar kita mengorbankan segala maruah,
Demi kekasih hati, sedangkan kita berhak mendapat cinta sejati yang hakiki dari Kekasih kita yang sebenarnya…….ALLAH S.W.T

Walau apa pun yang terjadi dalam hidupmu,
Jangan sesekali merasa putus asa dan kecewa,
Ingatlah bahawa kita masih ada yang menyayangi kita walaupun kita sering melupakan Dia,

Cuba renungkan, walaupun kita diuji dengan kesengsaraan dalam hidup,
Kita masih dapat makan, dapat bernafas lagi,
Bukankah itu menunjukkan bahawa Allah itu maha penyayang,
Sekejap kita susah…di masa lain pula kita senang dan gembira,

YA ALLAH, HAMBAMU INI TERLALU LEMAH DALAM MENJALANI LIKU-LIKU KEHIDUPAN,

TETAPI AKU MASIH MENGHARAPKAN KASIH SAYANGMU

UNTUK TERUS KU BERBAKTI DENGANMU,

TIADA LAIN YANG KU HARAPKAN KECUALI CINTAMU YANG ABADI

11/26/2011

~ ::: mY l0Ve MaShImArO :::~

 0O0O...MasHimARo....

















CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA



  CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr : 

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku." 
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran. 

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam. 
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa." 

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya. 
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t.. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal." 

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah s.w.t. iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah s.w.t. memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah s.w.t.

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,                             "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi." 
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair, 

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi." 

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri. 

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan, 

"Segala puji bagi Allah s.w.t., yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!" 
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

La Tahzan



♥ Allah sayang kamu ♥

Mengapa Allah memberikan kita cobaan hidup yang datangnya bertubi-tubi? Kerana itu adalah wujud anugerah yang terindah dari Allah untuk kita agar kita lebih bersabar dalam hidup ini. Sabar adalah satu kata yang mudah di ucapkan namun sulit untuk di lakukan bukan mudah. Ramai yang sudah malah, tidak mampu untuk bangkit lagi kerana tidak mampu bersabar dalam menghadapi cubaan hidup mahupun menanti redha Allah. Namun bila kita mampu bersabar maka banyak rahmat dan nikmat Allah yang akan kita terima. InsyaAllah…
Itulah yang juga dialami dalam sebuah keluarga  mengharungi  kehidupan yang begitu banyak dugaab, cubaan yang bertubi-tubi. Dugaan besar yang begitu hebat sehinggakan tersungkur rebah di pertengahan jalan.
Air mata mengalir membasahi pipi. Isak tangis terdengar. ‘Ya Allah, begitu besar kasih sayangMu kepada kami. ‘ Tutur kata yang hanya mampu di luahkan di dalam hati. Merasakan bagai perihnya luka. Sebuah luka yang menanggung derita, dugaan yang menimpa silih berganti. Di tengah badai kehidupan sedemikian kuat kesabaran seisi keluarga dapat memikul beban begitu sangat berat. Tak langsung menjadi surut dan menjauh dari Allah. Malah semakin mendekatkan diri kepada Allah. Wajahnya nampak penuh keikhlasan dan kesabaran, memancarkan cahaya keimanan yang ada di dalam hati. Cubaan dan dugaan yang datang bertubi-tubi telah melatih kesabaran dan ketengan itu telah menghadirkan kebahagiaan di dalam kehidupan keluarganya… Alhamdulillah
‘Apa yang di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.’ (QS. an-Nahl : 96).

::: pAgi yAng iNdah d'GununG jErAi :::

~ suArA HaTi kU ~

~ suArA HaTi kU ~
...♥ Assalamualaikum...." Pesan pada DIRI...jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi... pada insan yang tak mengerti... Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI... Kerana, sekali kau dilukai, sampai....kapan pun tetap kau Ingati… Pesan lagi pada DIRI, hati-hatilah dalam memberi HATI… sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI..."....♥