daisypath

Daisypath Happy Birthday tickers

11/29/2011

:: kiSAH HidUp ::

YANG BERNAMA KEHIDUPAN


Telah pun ku ketahui sejak kecil,
Adanya Pencipta alam maya,
Hidup ini dilingkari dengan pelbagai corak dan warna,
Ada ketikanya sedih, di masa lain pula gembira,
Kadangkala diserang ketakutan,
Kadangkala datangnya keberanian,

Setiap saat kita bernafas,
Menghirup bayu kurniaan Ilahi,
Maka adakah lagi alas an untuk tidak bersyukur dengan kurniaanNya?

Betapa dalam hidup ini ,
Adakah pernah terfikir oleh kita,
Bahawa semua ini merupakan perhatian yang diberikan oleh Allah,
Yang mana kasih sayangNya melebihi kasih sayang makhluk lain di dunia ini,
Justeru itu, cuba renungkan adakah wajar kita mengorbankan segala maruah,
Demi kekasih hati, sedangkan kita berhak mendapat cinta sejati yang hakiki dari Kekasih kita yang sebenarnya…….ALLAH S.W.T

Walau apa pun yang terjadi dalam hidupmu,
Jangan sesekali merasa putus asa dan kecewa,
Ingatlah bahawa kita masih ada yang menyayangi kita walaupun kita sering melupakan Dia,

Cuba renungkan, walaupun kita diuji dengan kesengsaraan dalam hidup,
Kita masih dapat makan, dapat bernafas lagi,
Bukankah itu menunjukkan bahawa Allah itu maha penyayang,
Sekejap kita susah…di masa lain pula kita senang dan gembira,

YA ALLAH, HAMBAMU INI TERLALU LEMAH DALAM MENJALANI LIKU-LIKU KEHIDUPAN,

TETAPI AKU MASIH MENGHARAPKAN KASIH SAYANGMU

UNTUK TERUS KU BERBAKTI DENGANMU,

TIADA LAIN YANG KU HARAPKAN KECUALI CINTAMU YANG ABADI

No comments:

~ suArA HaTi kU ~

~ suArA HaTi kU ~
...♥ Assalamualaikum...." Pesan pada DIRI...jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi... pada insan yang tak mengerti... Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI... Kerana, sekali kau dilukai, sampai....kapan pun tetap kau Ingati… Pesan lagi pada DIRI, hati-hatilah dalam memberi HATI… sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI..."....♥